Sejak zaman Mesir purba lagi, gubahan bunga telah mula dipraktikkan.
Bunga-bungaan segar sering digubah di dalam pasu dan rekaan-rekaan hebat
sentiasa menghiasi meja di ruang-ruang kediaman ketika itu. Bunga
lotus, water lily, scilla biru, dan tidak ketinggalan mawar menjadi
keutamaan. Perkembangan gubahan bunga ini kemudiannya terus menjalar ke
zaman Byzantine dengan mempertaruhkan
rekaan bentuk tiga segi, bunga-bungaan berwarna terang dan juga
buah-buahan. Seterusnya, dunia menyaksikan perkembangan gubahan
bunga-bungaan segar mula menular di bumi Eropah khsususnya ketika era
Renaisancce Itali. Ketika inilah, pelbagai arah rekaan tercetus dan
antara bunga-bungaan yang popular ketika ini adalah Madonna lily
(lambang kesuburan), narcissus, iris, jasmine, pansies, French
marigolds, cornflowers dan rosemary.
0 comments
Kami amat mengalu-alukan komen mahupun pertanyaan dari anda untuk kebaikan bersama. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.