Bunga segar atau tiruan?

2:57:00 am


Ramai yang bertanya dan ingin tahu benarkah semua gubahan AD menggunakan bunga-bungaan segar? Ya, saya. Setakat ini semua gubahan bunga yang dihasilkan sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis pelancaran produk, hantaran dan pelbagai lagi menggunakan bunga-bungaan segar import dan tidak ketinggalan bunga-bungaan tempatan. Seni gubahan AD mengaplikasikan gaya pave' atau compact sebagai trademark. AD tidak cenderung pada gubahan berbentuk tiga segi dan penggunaan daun pakis. Setiap gubahan yang dihasilkan selain daripada mementingkan rupa bentuk dan warna, AD juga memberi fokus pada tekstur. Ini adalah salah satu usaha kecil AD untuk menaik taraf gaya seni gubahan bunga tempatan ke tahap lebih tinggi atau lebih baik agar setanding dengan apa yang diamalkan oleh ramai floral designer di peringkat global.      

You Might Also Like

0 comments

Kami amat mengalu-alukan komen mahupun pertanyaan dari anda untuk kebaikan bersama. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images